NAK HAFAZ

AL-QURAN?

SERONOK KAN?

Dapat hafaz al-Quran 30 juzuk dengan lancar.

Dapat hafaz surah-surah pilihan yang anda idam-idamkan selama ini.

Anak anda telah jadi ‘HAFIZ QURAN’.

3 MASALAH UTAMA ORANG YANG NAK HAFAZ AL-QURAN

01. Dibelenggu mindset yang salah

02. Tidak ada matlamat yang jelas

03. Tidak tahu teknik yang betul

AKIBATNYA...

Mulalah terbit skrip-skrip negatif, “Hafaz al-Quran susah laahh”, “Mustahil saya dapat hafaz”, “Otak saya dah berkarat” dan macam-macam lagi.

Kesannya, sampai sekarang masih belum mula menghafaz.

Kurang bermotivasi untuk menghafaz. Hari-hari yang bersemangat pun boleh bilang dengan jari.

Ada yang dah bertahun-tahun menghafaz, tetapi belum khatam-khatam.

Sewaktu menghafaz, minda ke laut. Payah betul nak fokus.

Ambil masa yang lama untuk hafaz 1 muka surat. Berjam-jam duduk hafaz, tapi nak dapat satu muka pun payah.

Ayat yang dah dihafaz pula cepat hilang sebab tak tahu strategi ulangkaji.

Ada yang dah 'frust' untuk menghafaz. Mulalah bercadang nak berhenti.

MUNGKIN ANDA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ. DIHANTAR OLEH IBU AYAH. JADI HARAPAN KELUARGA. MEREKA NAK LIHAT ANDA JADI "HAFIZ AL-QURAN".

Tapi sebab kurang terdedah dengan TEKNIK-TEKNIK HAFAZAN yang betul. Dan anda pula tidak berani mencuba cara-cara yang lain pula....

1. Prestasi hafazan tetap masih ditahap lama.

2. Semangat menghafaz pula semakin merudum.

3. Ibu bapa mula susah hati.

NAK TAK ANDA?

01.

Jadi semakin percaya diri. Semangat kembali membara. Hati semakin teruja untuk menghafaz.

02.

Daya fokus jadi lebih tinggi. Hafaz pun senang masuk.

03.

Hafaz pun makin cepat. Satu muka surat, 10 hingga 15 minit dah dapat.

04.

Dalam tempoh yang singkat, dah dapat khatam hafazan.

05.

Ayat yang sudah dihafaz pula, tidak mudah hilang.

Ya! Langkah Pertama Yang Anda Boleh Buat Untuk Tingkatkan Prestasi Hafazan Ialah…

KUASAI TERLEBIH DAHULU TEKNIK HAFAZAN

neurotahfiz.

MEMPERKENALKAN...

Buku 7 LANGKAH MUDAHNYA HAFAZ AL-QURAN DENGAN KAEDAH NEUROTAHFIZ.

Buku ini merupakan panduan langkah demi langkah yang mudah untuk mereka yang baru hendak memulakan menghafaz al-Quran atau mereka yang sedang menghafaz.

Teknik-teknik yang ada dalam buku ini, mudah, praktikal, berimpak dan terbukti. Di garap daripada teknik-teknik hafazan al-Quran tradisional dan “tools-tools” Neuro-Linguistic Programming NLP.

Teknik-teknik yang telah diterapkan oleh penulis dalam kelas hafazan al-Quran di sekolah, juga dalam seminar-seminar teknik hafazan al-Quran yang dikendali oleh beliau.

DIJELASKAN ‘STEP BY STEP’ YANG MUDAH DIIKUTI

Teknik-teknik hafazan dalam buku ini disusun “langkah demi langkah”. Anda hanya perlu membaca ikut urutan. Langkah awal hingga akhir. Insya-Allah anda akan memperolehi hasil yang lebih maksima.

MENGGUNAKAN BAHASA SANTAI YANG MUDAH DIFAHAMI

Penulis gunakan bahasa yang biasa kita gunakan. Mudah dan santai. Anda baca buku ini akan rasa seolah-olah penulis sedang bercakap dengan anda. Tiada istilah pelik-pelik dan susah nak faham.

KISAH-KISAH PENCETUS INSPRIRASI

Dalam buku ini diselitkan juga kisah-kisah insprirasi yang boleh membakar keinginan anda untuk hafaz al-Quran.

AKTIVITI LATIHAN

Setiap langkah diselitkan dengan aktiviti supaya anda dapat terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

SIAPA PENULIS BUKU INI?

Buku ini merupakan karya Ustaz Shauqi Bin Ibrahim. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2010 dan Ijazah Sarjana Usuluddin dari UNISHAMS Kedah pada tahun 2014, serta Diploma Pendidikan UUM.

Beliau yang menghafaz al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ikhlas Bachok Kelantan, memiliki sanad hafazan al-Quran riwayat Hafz daripada Asim. Kini bertugas sebagai guru Tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim.

Beliau adalah Certified NLP Practitioner, Certified NLP For Teacher, Certified LAB Profiling dan Certified Framing Reframing Practitioner daripada Akademi NLP Malaysia, Shah Alam. Selain itu beliau turut ditauliahkan sebagai “NLP Coach” oleh badan tersebut.

Bukan sahaja aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau, malah beliau turut dijemput mengendalikan program-program motivasi dan teknik belajar di sekolah-sekolah.

APA TUJUAN BUKU INI DITULIS?

Buku ini ditulis untuk menyedarkan pembaca bahawa:

01. Mereka memiliki keupayaan otak yang amat luar biasa.

02. Semua orang boleh menghafaz al-Quran.

03. Menghafaz al-Quran itu mudah.

04. Membantu anda menjadi ‘HAFIZ AL-QURAN’ dalam 30 bulan.


Dalam satu kajian yang bertajuk "Kecerdasan Emosi (EQ) Dan Hubungannya Terhadap Pencapaian Hafazan Al-Quran" mendapati, tahap kecerdasan emosi (EQ) memberi pengaruh yang besar terhadap pencapaian hafazan al-Quran mereka. Maksudnya, semakin tinggi tahap EQ pelajar, maka semakin tinggi pencapaian hafazan mereka. Sebaliknya semakin rendah tahap EQ pelajar, maka semakin rendah tahap pencapain mereka.


Berita baik untuk anda!!

buku yang bakal anda miliki ini mampu membantu meningkatkan lagi tahap EQ anda dengan teknik-teknik minda yang luar biasa.

APA YANG DIAJAR DALAM BUKU INI?

Buku ini bakal mendedahkan kepada anda rahsia mudah dan cepat menghafaz al Quran dalam 7 langkah.

P . O . W . E . R . S . S


P.

POSITIVE MINDSET

Memecah Halangan Minda, Membina Keyakinan Diri Positif

Anda akan didedahkan tentang “Halangan Minda” yang selama ini membantut usaha menghafaz al-Quran dengan sempurna. Turut dikongsikan dalam langkah ini, 2 teknik memusnahkan 'halangan minda', serta 4 tips membina keyakinan diri yang positif.

O.

OUTCOME SETTING

Lahirkan Matlamat Diri Dan Putuskan Untuk Mencapainya

Matlamat yang jelas adalah pemacu kejayaan menghafaz al-Quran. Dalam langkah ini, anda akan didedahkan kepentingan menetapkan matlamat dan sasaran serta membuat keputusan yang jitu. Tiga 'tools' ampuh turut dikongsikan demi memastikan impian anda sebagai 'Hafiz al-Quran' menjadi satu kenyataan.

W.

WHY?

Bakarkan Kemahuan Sehingga Membara

Kejayaan menghafaz al-Quran tidak akan terhasil jika anda tidak menemui BIG WHY atau "sebab yang kuat" kenapa anda perlu mencapainya. Dalam langkah ini, akan dikongsikan dengan anda 3 panduan menggandakan kemahuan, keterujaan dan kerinduan untuk menghafaz al-Quran sehinggalah kemahuan anda menjadi satu kemestian.

E.

EMOTION MANAGEMENT

Letakkan Diri Dalam Emosi Terbaik

Proses menghafaz akan menjadi lebih pantas apabila anda berada dalam 'mood turbo' dan 'genius state'. Dalam langkah ini, anda akan mempelajari beberapa teknik ampuh untuk mengendalikan minda, emosi dan tubuh agar berada di landasan terbaik semasa menghafaz al-Quran. Antara yang dikongsikan ialah teknik ‘State-Management’, pernafasan mendalam dan teknik ‘Step-In Step-Out’.

R.

RESULT VISUALIZATION

Membayangkan Hasil


Visualisasi ialah antara rahsia kejayaan orang-orang hebat yang tidak diketahui ramai. Apabila diterapkan ia mampu membakar semangat, menyalakan kerinduan dan melicinkan tindakan. Soalnya, bagaimana caranya? Bilakah waktunya? Apakah yang perlu divisualisasi?. Ya, anda tentu akan semakin teruja apabila menelusuri pembacaan dalam langkah kelima buku ini.

S.

SKILLS

Kuasai Kemahiran dan Teknik Menghafaz

Topik ini mungkin yang dinanti-nanti oleh pembaca. Bagaimana cara menghafaz al-Quran? Dalam langkah keenam ini, pembaca disajikan dengan 13 teknik hafazan terkini yang jarang ditemui. Antaranya, teknik kue mata, teknik posisi mushaf, teknik pernafasan mendalam, teknik pemanasan otak, 7 langkah teknik hafazan NEUROTAHFIZ, 8 mekanisme sesi hafazan dan lain-lain.

S.

STRATEGY

Susun Strategi Realisasi Mimpi

“Jika anda gagal merancang, sebenarnya anda telah merancang kegagalan”. Inilah antara kata bijak pandai. Ya, setelah anda memutuskan untuk menghafaz al-Quran dan telah tahu teknik-teknik hafazan, makan susunlah strategi tindakan. Dalam langkah ini, anda akan didedahkan dengan 7 strategi tindakan untuk mencapai impian.


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )


ISI KANDUNGAN

( Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas )

thin

BUKU INI SESUAI UNTUK SIAPA?

Buku 7 LANGKAH ini sesuai dimiliki oleh anda, jika anda:

Nak tukarkan angan-angan jadi kenyataan.

Nak hafaz tapi tak tahu cara.

Mahu gandakan motivasi menghafaz al-Quran

Pelajar yang nak lonjakkan prestasi hafazan menjadi ‘luar biasa’.

Ibu bapa yang ada anak belajar di sekolah tahfiz. Hadiahkan buku ini untuk mereka.

Guru tahfiz yang nak tahu teknik hafazan terkini dan nak beri motivasi pelajar-pelajar.

APA KATA MEREKA?

Ini antara sedutan ucapan pengantar dalam buku ini daripada dua tokoh hebat. Juga komentar daripada guru-guru tahfiz al-Quran yang telah membuat pembacaan awal terhadap buku ini.


“Saya telah meneliti sepintas lalu buku “7 LANGKAH MUDAHNYA HAFAZ AL-QURAN” karangan Ustaz Shauqi Ibrahim yang sangat baik ini. Buku ini bukan sekadar menambah koleksi buku-buku agama di pasaran, tetapi lebih jauh daripada itu. Buku ini amat bermanfaat kepada ‘Huffazul Quran’ yang sedang mencari-cari kaedah yang berkesan, serta memudahkan mereka menghafaz dan seterusnya dapat membantu mereka memelihara al-Quran sepanjang hayat”

TUAN SYEIKH KADRI BIN ABDUL HAMID

Pengarah Institut Al-Quran Darulaman (IQDAR)


“Buku ini mempamerkan kesungguhan dan daya usaha penulis yang tinggi untuk mengaplikasikan NLP yang dipelajarinya dengan kepakarannya sebagai seorang guru Tahfiz al-Quran. Gabungan kedua kemahiran dan kepakaran ini menjadi rahsia resepi mantap kepada pendekatan pembelajaran yang dibawa. Ianya menjadi olahan pembelajaran al-Quran dengan 7 langkah yang diutarakan sebagai panduan untuk menjadi lebih mudah”

TUAN HAJI MD TAIB MAT

Pengasas Akademi NLP Malaysia


“…Buku ini wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menghafaz al-Quran. Kombinasi hebat antara teknik hafazan tradisional yang diwarisi zaman-berzaman dan teknik NLP yang bakal membuka minda pembaca betapa mudahnya menghafaz al-Quran…”

USTAZ MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HASHIM

Penyelia Tahfiz, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim

“….Buku yang penuh dengan tenaga dan aura positif. Memberikan semangat untuk pecinta al-Quran. Sangat sesuai bagi yang baru bermula mahupun mereka yang ingin memantapkan lagi hafazan. Ditulis dengan bahasa yang penuh inspirasi kepada pembaca dengan kaedah menarik dan teknik NLP yang mudah dipraktikkan…”

USTAZAH NOR ADILAH BINTI NORDIN

Guru Tahfiz TMUA , SMKA Kedah

TESTIMONI

Buat Masa Ini Belum Ada Testimoni Tentang Buku Ini. Sebab Ini Masih Baru. Tapi Anda Boleh Lihat Feedback Daripada Mereka Yang Pernah Menyertai Seminar Mudahnya Hafaz AL-Quran Yang Pernah Dikendalikan Oleh Penulis Sendiri. Kandungan Seminar Tersebut Adalah Intipati Daripada Buku Ini.


“Alhamdulillah, saya rasa seronok menghafaz sebab rasa cepat nak ingat daripada sebelum ini. Kalau sebelum ini 1 muka surat ambil masa 45 minit. Tapi sekarang dapat hafaz selama 15 minit 1 muka surat”

AMMAR,

Pelajar tahfiz Akademi Al-Khayr Usia 10 Tahun

“Banyak perubahan yang berlaku selepas saya mengikuti seminar ini. Bersemangat semula untuk menghafal Quran. Rasa lebih lapang apabila menghafal. Masa yang diambil untuk menghafal lebih singkat. Kelancaran semakin meningkat. Rasa menghafal Quran ini lebih mudah”

RUMAISA',

Pelajar TMUA SMKA ARAU


“Selepas mengikuti kelas Ustaz, semalam saya mempraktikkan kaedah tersebut. Alhamdulillah, saya mampu menghafal lebih daripada 5 ayat dengan penuh semangat dan tidak mengantuk”

DG. ASNANI,

Peserta dewasa

“Sebelum ini memang berusaha untuk menghafaz al-Quran dan ada masalah untuk mengelak hafalan bersambung ke ayat lain. Dengan kaedah baru ini, lebih mudah untuk mengingat dan bacaan jadi lebih lancar”

PUAN ZAITON,

Peserta Dewasa

BUKU INI ADALAH UNTUK MEREKA YANG BETUL-BETUL NAK HAFAZ AL-QURAN. KESEMUANYA ATAU SURAH SURAH TERTENTU.

Sampai bila kita nak menangguhkan impian yang murni ini.

Sampai bila lagi kita nak terus beralasan.

INSYAALLAH BUKU INI BOLEH BANTU ANDA. DENGAN MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN TIPS-TIPS DALAM BUKU INI, ANDA SEMUA BOLEH MENJADI ‘HAFIZ AL-QURAN’, INSYA-ALLAH

BERAPA HARGA BUKU INI?

Harga buku ini bagi edisi cetakan KEDUA adalah

Ya, anda hanya perlu membayar RM38 sahaja untuk memiliki buku yang unik ini. Tapi harga ini tidak termasuk kos postage tau !!

Jika anda benar-benar serius untuk memiliki buku ini, buatlah tempahan sekarang. Jika masih berkira-kira, usah terlalu lama kerana....

STOK BUKU TERHAD

KLIK SEKARANG !!

neurotahfiz.

Privacy Policy | Terms and Conditions | © 2020 Ibrah Center